" KE ARAH MEWUJUDKAN BANDARAYA TERBILANG DI MALAYSIA MENJELANG 2015 "

RENTETAN SEJARAH

PENGENALAN

KLANG adalah merupakan antara bandar yang tertua di Malaysia. Jumpaan-jumpaan peralatan dan perkakas zaman besi berupa kapak panjang bersoket yang dinamakan "tulang mawas", gendang dan lonceng gangsa telah dijumpai di beberapa kawasan di Klang. Dikatakan bahawa catatan paling awal berkaitan Klang ditulis bermula dari zaman kerajaan Majapahit kira-kira 600 tahun dahulu.
Diceritakan bahawa Bendahara Tun Perak telah datang ke Klang untuk menjadi penghulu pada tahun1445. Setelah kejatuhan Kesultanan Melaka kepada portugis pada 1411, Klang kekal dibawah kekuasaan Melayu iaitu Kerajaan Johor-Riau sehinggalah Kesultanan Selangor diasaskan pada abad ke-18. Klang mnejadi sangat penting dan terkenal pada abad ke-19 berikutan berkembangnya aktiviti perlombongan bijih timah di Lembah Klang. Klang telah menjadi pusat dagangan utama bagi galian tersebut. Akibat daripada pertelagahan untuk menguasai kawasan yang kaya dengan bijih timah yang kaya di Lembah Klang menyebabkan berlakunya peperangan saudara di Selangor pada tahun 1867 hingga 1874.

Raja Mahadi yang menuntut hak sebagai ketua telah berperang dengan Raja Abdullah. Walau bagaimanapun Raja Mahadi gagal sehinggalah pihak British telah campurtangan dan menguasai keadaan.

Selepas tahun 1874, pihak British telah memilih Klang sebagai pusat pentadbiran. Klang kekal sebagai pusat pentadbiran British sehingga 1880 apabila berpindah ke Kuala Lumpur.



SEJARAH KLANG

Daerah Klang telah muncul lebih awal daripada Melaka. Negara ini adalah sebahagian dari jajahan taklukan Kerajaan Sri Vijaya dan Majapahit. Asal usul nama Klang adalah dari bahasa Mon-Khymer iaitu "Klong". Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang dikemukakan  oleh C.O Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang. 

Manakala pendapat Charles A.Fishr yang menyatakan "Klang" itu bermaksud terusan atau jalan air. Pendapat ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai seperti Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg.Pinang, Sg. Sementa, Sg. Agas, Sg.Kandis, Sg. Binjai, Sg. kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau, dan Sg. Putus. Nama-nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini. 

Klang menjadi penting hanya selepas Kuala Selangor merosot khususnya selepas kemangkatan Sultan Muhammad (1826-1857) sehinggalah pada tahun 1875, Klang dipilih sebagai ibu kota Selangor sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur pada 1880. Pada tahun 1886, Klang dikatakan sebuah tempat yang cantik dan bersih.


SEJARAH PENGUATKUASAAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG
Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.

Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.
 
TAHUN
TAHUN BERKUASA
1890
Lembaga Kesihatan Klang
1945
Lembaga Bandaran Klang
1954
Lembaga Bandaran Klang
1975
Majlis Daerah Klang
1977
Majlis Perbandaran Klang