" KE ARAH MEWUJUDKAN BANDARAYA TERBILANG DI MALAYSIA MENJELANG 2015 "

Wednesday 26 November 2014

STESEN KERETAPI KLANG



Video KEEK


Stesen Keretapi Klang ini telah dibina pada sekitar tahun 1890. Landasan pada mulanya ini menghubungkan Klang dengan Bukit Kuda.

Stesen ini dibina memandangkan perhentian Bukit Kuda tidak sesuai lagi menjadi perhentian di kawasan Klang kerana terletak agak jauh sedikit (lebih kurang 3 batu) dari bandar Klang. Dalam hal ini, jambatan keretapi telah dibina menyeberangi Sungai Klang dengan kos RM 94,600 dan perhentian Bandar Klang telah dibuka secara rasminya pada Ogos 1890. Lebih kurang 5 tahun selepas itu, pelabuhan di Klang didapati tidak memadai lagi. Jumlah import dan eksport meningkat dengan kadar yang pesat. Ini berikutan daripada pembangunan tanaman kopi dan perlombongan bijih timah. Lalulintas keretapi di antara Kuala Lumpur semakin sibuk.

Justeru itu, pada tahun 1895, sekali lagi keputusan diambil melanjutkan landasan keretapi  dari Klang ke suatu tempat kawasan yang dekat dengan laut supaya kapal-kapal yang lebih besar dapat berlabuh di sana.

Implikasi Pelabuhan Swettenham (kini Pelabuhan Klang) dibuka  secara rasmi pada 15 September 1901. Landasan ini adalah sejauh 6 batu dari Klang ke Kuala Klang.

1 comment:

  1. Salam sejahtera Nak tanya ada tak gambar atau laluan keretapi dri stesen klang ke bukit kuda sebab saya cari tak ada dalam google saya harap Admin boleh kongsi atau pun email dekat saya.

    ReplyDelete