" KE ARAH MEWUJUDKAN BANDARAYA TERBILANG DI MALAYSIA MENJELANG 2015 "

Wednesday 26 November 2014

MAJLIS PERBANDARAN KLANG





  MPK CEMERLANG 123 TAHUN

 


Excelent MPK 123 Years

MASJID INDIA MUSLIM


Masjid ini pada asalnya dibina dan digunakan oleh masyarakat India Muslim di daerah Klang lebih kurang pada tahun 1910 R.M Pakir Mohammad seorang saudagar telah mula mentadbir masjid tersebut. Kemudian pada tahun 1920-an, masjid ini telah diserahkan oleh Sultan Alaeddin Suleiman Shah kepaa Saudagar India Muslim untuk ditadbir secara sah iaitu R.E Mohammad Kassim. 

Masjid ini juga dikenali sebagai Ar- Imam Kassim semperna kemahsyuran. Beliau meninggal dunia pada tahun 1931 dan dimakamkan bersebelahan dengan masjid atas perkenan Sultan.

This mosque was originally built and used by the Indian Muslim Community in the Klang district in 1910. R.M Pakir Mohammas a merchant, began administering the mosque. In 1920's, the mosque has been awarded by Sultan Alaeddin Sulaiman Shah to Indian Muslim merchant, namely RE Mohammad Kassim to legally administered it.

The mosque is also known as Ar-Iman Kassim in conjunction with popularity. He died in 1931 and was buried next to the mosque on Sultan's consent.


KOTA RAJA MAHADI



Dibina pada tahun 1866 oleh Raja Mahadi Ibni Almarhum Raja Sulaiman. Semasa Perang Klang yang pertama pada 1866. Kota ini dijadikan kubu beliau bagi mempertahankan serangan daripada Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar.

Built in 1866 by Raja Mahadi Ibni Almarhum Raja Sulaiman. During the first Klang war in 1866, this fort has become his fortress to defend against the invasion from Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar.

MASJID DIRAJA SULTAN SULEIMAN




Nama sebenar masjid ini ialah Masjid Sultan Suleiman Jamiur Rahman iaitu mengambil nama semperna nama Sultan Selangor yang ke-5, Sultan Aleiddin Shah (1898-1938) dan pernah menjadi Masjid Negeri Selangor. Dibina pada tahun 1932, batu asasnya telah diletakkan oleh DYMM Sultan Alauddin Suleiman Shah yang telah dihadiri oleh Sir Laurence Nunns Guillemard, Pesuruh Jaya Tinggi Negeri Melayu, Sir William Peel, Setiausaha Agong Tanah Melayu, Tuan J.Lornie, Residen British di Selangor dan dibuka rasmi oleh Sultan Negeri Selangor pada tahun 1934. 

The real name of this mosque is Masjid Sultan Suleiman Jamiur Rahman, which took the name of the 5th Sultan of Selangor, Sultan Aleiddin Shah (1898-1938) and was the Selangor State Mosque. Built in 1932, the foundation stones was laid by DYMM Sultan Alauddin Sulaiman Shah were attended by Sir Lawrence Nunns Guillemard, High Commissioner of the Federated Malay States, Sir Wiliam Peel, Secretary-General of Malaya, Mr. J.Lornie, The British Resident of Selangor was officially opened by the Sultan of Selangor in 1934.

GEDUNG RAJA ABDULLAH : MUZIUM TIMAH



Gudang ini merupakan bekas kediaman dan gudang milik Raja Abdullah Ibni Almarhum Raja Jaafar yang dilantik oleh Sultan Selangor pada tahun 1854.

Pada tahun 1874, pihak British telah menjadikannya sebagai pejabat kerajaan mereka. Pada tahun 1895, gedung ini menjadi sebuah muzium yang banyak menyimpan khazanah-khazanah lama.

Gedung ini telah digunakan untuk menyimpan bijih timah dan hasil dagangan lain yang diangkut melalui Pengkalan Batu di pinggir Sungai Klang. Bangunan ini sekarang telah dijadikan muzium timah.

STESEN KERETAPI KLANG



Video KEEK


Stesen Keretapi Klang ini telah dibina pada sekitar tahun 1890. Landasan pada mulanya ini menghubungkan Klang dengan Bukit Kuda.

Stesen ini dibina memandangkan perhentian Bukit Kuda tidak sesuai lagi menjadi perhentian di kawasan Klang kerana terletak agak jauh sedikit (lebih kurang 3 batu) dari bandar Klang. Dalam hal ini, jambatan keretapi telah dibina menyeberangi Sungai Klang dengan kos RM 94,600 dan perhentian Bandar Klang telah dibuka secara rasminya pada Ogos 1890. Lebih kurang 5 tahun selepas itu, pelabuhan di Klang didapati tidak memadai lagi. Jumlah import dan eksport meningkat dengan kadar yang pesat. Ini berikutan daripada pembangunan tanaman kopi dan perlombongan bijih timah. Lalulintas keretapi di antara Kuala Lumpur semakin sibuk.

Justeru itu, pada tahun 1895, sekali lagi keputusan diambil melanjutkan landasan keretapi  dari Klang ke suatu tempat kawasan yang dekat dengan laut supaya kapal-kapal yang lebih besar dapat berlabuh di sana.

Implikasi Pelabuhan Swettenham (kini Pelabuhan Klang) dibuka  secara rasmi pada 15 September 1901. Landasan ini adalah sejauh 6 batu dari Klang ke Kuala Klang.

GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ

Galeri ini wujud hasil dari buah fikiran Yang di-Pertuan Agong XI, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Lokasi asal ialah di Jalan Kota Raja, Syahbandaraya (Kampung Jawa) di Klang. Bertempat di dalam kawasan istana, Galeri Diraja dahulunya dikenali sebagai Muzium Kenangan. Sebahagian besar dari pameran Galeri Diraja berkisar mengenai riwayat hidup Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang telah memerintah Selangor selama lebih 39 tahun sebagai Sultan Selangor ke-8 dan hampir 3 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-11.

Ia siap dibina pada tahun 1988 dan dibiayai sepenuhnya oleh baginda. Pada tahun 1996, kerja-kerja pengubahsuaian dimulakan agar premis ini dapat dibuka kepada rakyat jelata.

Pada tahun 1998, baginda telah berkenan menukar nama Muzium Kenangan kepada Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz mengambil sempena nama kelahiran baginda. Dengan sokongan kerajaan negeri, Galeri Diraja siap diubahsuai dan dibuka kepada umum pada tahun 2000. Setahun kemudian baginda telah kembali ke rahmatullah dan Galeri Diraja telah ditutup buat sementara.

Setelah Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menaiki tahta pada tahun 2001, baginda telah menitahkan agar inisiatif almarhum ayahanda baginda diteruskan. Baginda telah menitahkan agar Bangunan Sultan Suleiman, bangunan yang dibina pada tahun 1909, dijadikan lokasi Galeri Diraja yang baru.

Pada awal tahun 2005, dengan kerjasama dari Jabatan Kerja Raya Negeri dan pihak perunding, kerja-kerja konservasi dimulakan. 17 bulan kemudian, semua kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian selesai dilaksanakan ke atas bangunan seluas 17,000 kaki persegi ini termasuk pembinaan bangunan pentadbiran dan stor baru.

Pada tanggal 17 Oktober 2007, Sultan Sharafuddin merasmikan Galeri Diraja dan dibuka kepada umum pada 1 November tahun yang sama.

TAMAN TUGU KERIS

Tugu Peringatan Jubli Perak yang dibina di sempadan kawasan Majlis Perbandaran Klang bagi memperingati sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Tugu dirasmikan pada 30 September 1985, ini berbentuk sebilah keris, alat senjata yang melambangkan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu di zaman silam.

PELABUHAN KLANG



Bahasa Melayu:
Pelabuhan Klang merupakan pintu masuk utama ke Malaysia melalui jalan laut. Bermula pada tahun 1901 dikenali sebagai Port Swettenham. Pelabuhan Klang telah menjadi nadi pembangunan negara dari aspek import dan eksport barang. Kawasan Pelabuhan terdiri daripada Pelbuhan Utara, Pelabuhan Barat, dan juga Pelabuhan Selatan. Pelabuhan Selatan untuk feri dan bot-bot kecil berlabuh manakala persaingan antara Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat telah memberi pilihan terbaik kepada para pengendali barangan import dan eksport serta urusan perkapalan.

English: 
Port Klang is the main gateway into Malaysia by sea. Started in 1901, It was known as Port Swettenham. Port Klang has become the lifeblood of the country's development in term of import and export goods. The portarea consist of Nort port, West Port, and South Port. South Port are for ferries an small boats docked while competition between North Port and West Port 

JAMBATAN KOTA

Bahasa Melayu:
Jambatan Kota Klang dibina pada bulan Mei 1957 oleh sebuah Syarikat British Dorman Long Bridge and Engineering Ltd. Jambatan 2 tingkat sepanjang 500 meter dibina dengan menggunakan struktur besi merentasi Sungai Klang menjadi penghubung utama antara Bandar Klang Utara dan Klang Selatan dan telah ditutup untuk kegunaan orang ramai pada 21 Januari 1992.

Jambatan Kota Lama diserahkan kepada Majlis pada 1992. Pada tahun 1995 Majlis telah membelanjakan RM 750,000.00 untuk menguatkan dan mengukuhkan struktur jambatan Kota Lama yang dikenali oleh Syarikat Fokus Engineering Sdn Bhd. Pada 20 November 1996 Majlis telah menawarkan kontrak kepada Syarikat Timur untuk membina 58 buah gerai cenderamata/ serbaneka bagi menempatkan lebih ramai bumiputera berniaga di pusat bandar. Pengubahsuaian siap sepenuhnya pada 17hb Julai 1997. Majlis berhasrat untuk menjadikan Jambatan Kota sebagai satu tarikan pelancongan ke Klang.

English:
Jambatan Kota Klang was built in May 1957 by a British Company Dorman Long Bridge and Engineering Ltd. The 2 storey & 500-meter bridge was built using steel structure across the Klang River and has become the link between North Klang and South Klang. It has been closed to public on January, 21, 1992. The Council intends to make the Bridge Fort as a tourist attraction to Klang as well.

ISTANA ALAM SHAH

Bahasa Melayu:
Istana ini telah dibina pada tahun 1905, sewaktu pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang ke lima. Bangunan ini mempunyai 15 buah bilik. Istana ini direka dengan menggunakan kayu dan marble. Segala kos pembinaan dan rekabentuk istana telah ditanggung sendiri oleh baginda.

Sultan Alaudin Sulaiman Shah bersemayam di situ selama 35 tahun sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1938. Di istana itu juga, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor yang ke tujuh telah dilahirkan pada tahun 1926.

Awal tahun 2000, istana ini telah dinaiktaraf di mana sewaktu pemerintahan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


English:

This palace was built in 1905, during the reign of Sultan Alauddin Sulaiman Shah, the 5th Sultan of Selangor. The building has 15 rooms. The palace was designed by wood and marble. All costs of construction and design of the palace has been borne by him.


Sultan Sulaiman Shah Alaudin stays there for 35 years until his death in 1938 at the palace, the 7th Sultan of Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah were born in 1926.


Early 2000, the palace was upgraded under the reign of Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.