" KE ARAH MEWUJUDKAN BANDARAYA TERBILANG DI MALAYSIA MENJELANG 2015 "

PROMOSI



PERHATIAN: KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

TAWARAN ADALAH DIPELAWA DARI SYARIKAT ATAU ORANG PERSEORANGAN YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI ASET SEPERTI BERIKUT:

-JUALAN SISA (BESI BURUK/BARANG LUSUH)

SYARIKAT ATAU ORANG PERSEORANGAN ADALAH DIWAJIBKAN UNTUK HADIR KE LAWATAN TAPAK BAGI MELIHAT ASET TERSEBUT PADA 12 DISEMBER 2012 (RABU), JAM 9.00 PAGI.

TAWARAN SEBUTHARGA BOLE
H DIBUAT DENGAN MENGGUNAKAN BORANG SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET KERAJAAN (KEW.PA 25) YANG BOLEH DIPEROLEHI DI ALAMAT SEPERTI:

 
BAHAGIAN PEROLEHAN, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
ARAS 1, PEJABAT CAWANGAN,
MALIS PERBANDARAN KLANG,
JALAN TENGKU KELANA,
41000 KLANG, SELANGOR.

 
TAWARAN HENDAKLAH SAH BAGI TEMPOH 60 HARI.

 
SEMUA TAWARAN DENGAN MAKLUMAT YANG LENGKAP HENDAKLAH MENGGUNAKAN SAMPUL SURAT BERLAKRI DAN BERTANDA NO. SEBUTHARGA MPK/PEM/27 DAN DIHANTAR MELALUI POS ATAU DIMASUKKAN KE DALAM PETI SEBUTHARGA SEPERTI ALAMAT DIATAS.
 
TARIKH TUTUP SEBUTHARGA 19 DISEMBER 2012 (RABU) JAM 12.00 TENGAHARI.



PERHATIAN: TENDER PENJUALAN KUARTERS MAJLIS BLOK K, BANDAR BUKIT TINGGI, KLANG

 


MAJLIS AKAN MENJUAL KUARTERS DI BLOK K, BANDAR BUKIT TINGGI KEPADA KAKITANGAN DAN ORANG AWAM.

SEKIRANYA TERDAPAT YANG BERMINAT, DIMINTA UNTUK MEMBELI BORANG PE
RMOHONAN DI BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, JABATAN PENILAIAN & PENGURUSAN HARTA, MAJLIS PERBANDARAN KLANG, TINGKAT 1 BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH, JALAN PERBANDARAN 41675 KLANG. MULAI 5 DISEMBER 2012.


TARIKH TUTUP: 31 DESEMBER 2012



PERHATIAN: KENYATAAN TAWARAN

Tawaran yang dibuka boleh dirujuk pada gambar.

 1. Dokumen tawaran boleh diperolehi daripada bahagian perolehan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 1, Pejabat Cawangan, Majlis Perbandaran Klang, Jalan Tengku Kelana, 41000 Klang mulai 4 Disember 2012.

2. Pembekal hendaklah membawa Surat Pendaftaran Asal Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) serta salinan surat pendaftaran tersebut. Pembekal juga dikehendaki mengemukakan resit bayaran pendaftaran di laman web http://tender.selangor.gov.my/

3. kontraktor adalah diwajibkan menghadiri lawatan tapak/taklimat bagi kerja-kerja diatas.

KUPON LETAK KERETA (PARKING COUPON) MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Kupon ini bernilai RM2.50 untuk 5 keping kupon dan caj RM0.50 sejam termasuk cukai perkhidmatan
Bahagian hadapan Kupon Letak Kereta.
 Bahagian belakang muka hadapan pertama Kupon Letak kereta terdapat syarat penggunaan Kupon.
 
PEMATUHAN SYARAT PENGGUNAAN KUPON LETAK KERETA DAN PERINTAH PENGANGKUTAN JALAN(PERUNTUKAN TEMPAT LETAK KERETA)(MAJLIS PERBANDARAN KLANG)2007


1. Tidak mempamerkan kupon yang dikeluarkan oleh majlis atau syarikat pengendali semasa meletakkan kenderaan bermotor di dalam petak letak kereta berkupon.

2. Mempamerkan kupon letak kereta yang telah tamat tempoh yang dibenarkan.

3. Mempamerkan kupon letak kereta di dalam keadaan di mana kupon letak kereta tersebut tidak dapat dikenal-pasti atau dilihat oleh Pembantu Penguatkuasa (Tempat Letak Kereta) semasa menjalankan pemeriksaan.

4. Mempamerkan kupon letak kereta tanpa membuat penandaan yang betul.

5. Kenderaan bermotor yang diletak tidak mengikut arah lalu-lintas.

6. Berniaga di tempat letak kereta.

7. Meletak kenderaan bermotor dimana-mana petak letak kereta yang ditetapkan oleh Majlis sebagai petak letak kereta khas untuk orang, kenderaan atau keadaan tertentu.

8. Mempamerkan kupon yang tidak sah semasa meletak kenderaan bermotor di petak letak kereta.

9. Tidak dibenarkan membaiki mana-mana kenderaan motor dibaiki di tempat letak kereta.

10. Tidak dibenarkan mencuci, membersihkan, menyebabkan, membenarkan dicuci atau dibersihkan mana-mana kenderaan motor ditempat atau di petak letak kereta.

11. Tidak dibenarkan meletak atau mempamerkan apa-apa notis atau iklan mana-mana kenderaan motor untuk menjual kenderaan semasa kenderaan diletakkan di tempat atau petak letak kereta atau menggunakan kenderaan motor yang diletakkan di tempat atau petak letak kereta selain tujuan meletak kereta.


Ruangan Kupon yang perlu digoreskan mengikut panduan yang telah ditetapkan. 

 Terdapat panduan menggunakan kupon di setiap bahagian belakang kupon.

SENARAI EJEN KUPON LETAK KERETA

  
Kawasan Bandar Baru Klang & Bandar Bukit Tinggi

  
Kawasan Bayu Perdana

Kawasan Klang Utara

Kawasan Pelabuhan Klang




  
PERHATIAN: IKLAN PERMIT DEEPAVALI 2012 

DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG (SEKITAR KAWASAN JALAN TENGKU KELANA KECUALI JALAN YEO GUAN HUP).
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGEMUKAKAN BORANG PERMOHONAN DI KAUNTER JABATAN PERLESENAN DAN PENJAJA (TINGKAT BAWAH) MAJLIS PERBANDARAN KLANG, BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH, JALAN PERBANDARAN, 41675 KLANG BANDAR DIRAJA.

TARIKH TUTUP : 19 OKTOBER 2012 (JUMAAT)


TARIKH CABUTAN UNDIAN : 24 OKTOBER 2012 (RABU)
 

MASA : 9.30 PAGI

TEMPAT: DEWAN KOMPLEKS SUKAN, PANDAMARAN

TARIKH BERNIAGA : 30 OKTOBER 2012 (SELASA) HINGGA 12 NOVEMBER 2012 (ISNIN)

UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT BOLEH TERUS KE KAUNTER JABATAN PERLESENAN DAN PENJAJA MAJLIS PERBANDARAN KLANG.


 

PERHATIAN: IKLAN JAWATAN KOSONG DI MPK. 

JAWATAN YANG TERLIBAT ADALAH:
-
-->PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L32 (TETAP)
-
-->PEMANDU KENDERAAN GRED R3  (TETAP)

TARIKH TUTUP: 6HB OGOS 2012


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DI LINK INI:  

*Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 6/2010 yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, MPK dan juga laman web MPK di www.mpklang.gov.my
 

PROGRAM PENGAJIAN ILMU


Bersemperna dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak, Pertubuhan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam (PEKERTI) akan menganjurkan program pengajian ilmu.

Setiap hari Isnin hingga Khamis, sepanjang bulan ramadhan.

Tempat : Surau Majlis Perbandaran Klang
Masa : 1 Petang - 2 Petang


PERHATIAN: IKLAN JAWATAN KOSONG DI MPK. 

JAWATAN YANG TERLIBAT ADALAH:
-PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W27 (TETAP/KONTRAK)
-PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 (TETAP)

TARIKH TUTUP: 9HB JULAI 2012

*Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 6/2010 yang boleh diperolehi di Bahagian Sumber Manusia, MPK dan juga laman web MPK di www.mpklang.gov.my



PERTANDINGAN KREATIVITI SEJARAH JABATAN



PENGENALAN
Pegumpulan maklumat sejarah jabatan dalaman majlis adalah perlu sebagai salah satu daripada maklumat untuk rujukan kakitangan dan orang awam amnya.

Maklumat-maklumat berkaitan dengan sejarah jabatan dalaman majlis ini akan ditempatkan di Pusat Sumber Majlis bagi merealisasikan pusat sumber sebagai pusat maklumat setempat bagi orang awam dan kakitangan majlis.


OBJEKTIF
Mencungkil bakat kreativiti serta kerjasama berpasukan kakitangan Majlis dalam mengumpulkan maklumat sejarah jabatan.

Sebagai usaha berterusan mendekatan kepada umum sejarah dan latarbelakang jabatan-jabatan dalaman di Majlis Perbandaran Klang.

Dijadikan sebagai bahan rujukan untuk kakitangan dan orang awam di pusat sumber.


 PENYERTAAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua jabatan / unit di Majlis Perbandaran Klang


 HADIAH

Hadiah Pertama  : RM 3000.00
  •  Dipamerkan di Pusat Sumber MPK (di ruang utama).
  •  Liputan khas media.
  • Visual akan dipaparkan di billboard 20’ X 40’ di hadapan bangunan MPK.
Hadiah Kedua     : RM 2000.00
Hadiah Ketiga     : RM 1000.00


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
 1.Pertandingan terbuka kepada semua jabatan/unit dalaman Majlis Perbandaran Klang.
2.Kandungan / isi maklumat terdiri daripada :
  • Senarai Ketua Jabatan dahulu hingga kini
  • Sejarah Penubuhan
  • Fungsi Jabatan
  • Jumlah Kakitangan
  • Produk / bahan yang dihasilkan oleh jabatan
  • Gambar dahulu dan kini
  • Lain-lain (mengikut kreativiti jabatan)

Maklumat sejarah jabatan tersebut hendaklah dibuat di dalam bentuk frame dan frame tersebut akan disediakan pihak urusetia bagi tujuan penyeragaman.

Tarikh akhir penyerahan adalah pada 11 Jun 2012, Isnin – 29 Jun 2012, Jumaat.
* tertakluk kepada sebarang perubahan

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini dengan menghubungi Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam.



OREN SPORT ROYAL KLANG TOWN RUN 2012
In aids of YAYASAN KEBAJIKAN KLANG
DATE : 16th SEPTEMBER 2012 (AHAD)
MASA : 6.45 PAGI
TEMPAT : STADIUM PADANG SULTAN SULAIMAN, JALAN PADANG KAWASAN 1, 41000 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

*Borang penyertaan boleh didapati di JABATAN KORPORAT MAJLIS PERBANDARAN KLANG




TAYANGAN "BIG SCREEN" SEMPERNA EURO 2012
TARIKH : 8 JUN 2012 - 2 JULAI 2012
MASA : 10 MALAM - 5 PAGI (SETIAP PERLAWANAN EURO 2012)
TEMPAT : DATARAN SENI KLANG (BERHADAPAN CENTRE POINT)

*SEMUA WARGA KLANG DIJEMPUT BAGI MEMERIAHKAN MUSIM DEMAM BOLA 2012 KALI INI!!


 IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan kosong seperti berikut.
(Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan)

MULAI 23 APRIL 2012 SEHINGGA 27 APRIL 2012
JAWATAN YANG TERLIBAT ADALAH:

- PEGAWAI PENILAIAN GRED W41 (KONTRAK)
- JURUUKUR BANGUNAN GRED J41 (KONTRAK)
- ARKITEK GRED J41 (TETAP)
- PENOLONG JURUTERA GRED J29 (KONTRAK)



 PERTANDINGAN BAKAT BUDAYA MPK 2012
"Mencungkil bakat serta kebolehan kakitangan MPK yang berbakat disamping diperkenalkan kepada umum"

*Terbuka kepada semua kakitangan untuk mewakili jabatan masing-masing.

Acara :
A) Pertandingan Lawak King
B) Pertandingan Pantun
C) Pertandingan Tarian

Tempat & Masa :
2.00 Petang di Dewan Hamzah




BAZAR ESPLANADE TANJUNG HARAPAN
"Membeli-belah di tepian pantai "
Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai 16 Mac 2012 
Perasmian oleh YAB Dato' MB Selangor pada 24 Mac 2012
*Semua dijemput hadir dan pelbagai barangan menarik dengan harga istimewa menanti anda di sana.