Stesen Keretapi Klang ini telah dibina pada sekitar tahun 1890. Landasan pada mulanya ini menghubungkan Klang dengan Bukit Kuda.
Stesen
     ini dibina memandangkan perhentian Bukit Kuda tidak sesuai lagi    
menjadi  perhentian di kawasan Klang kerana terletak agak jauh sedikit  
  (lebih  kurang 3 batu) dari bandar Klang. Dalam hal ini, jambatan    
keretapi telah  dibina menyeberangi Sungai Klang dengan kos RM 94,600   
 dan perhentian  Bandar Klang telah dibuka secara rasminya pada Ogos    
1890. Lebih kurang 5  tahun selepas itu, pelabuhan di Klang didapati    
tidak memadai lagi.  Jumlah import dan eksport meningkat dengan kadar   
 yang pesat. Ini  berikutan daripada pembangunan tanaman kopi dan    
perlombongan bijih  timah. Lalulintas keretapi di antara Kuala Lumpur   
 semakin sibuk.
Justeru
     itu, pada tahun 1895, sekali lagi keputusan diambil melanjutkan    
 landasan keretapi  dari Klang ke suatu tempat kawasan yang dekat dengan
     laut supaya kapal-kapal yang lebih besar dapat berlabuh di sana.
Implikasi
     Pelabuhan Swettenham (kini Pelabuhan Klang) dibuka  secara rasmi  
pada    15 September 1901. Landasan ini adalah sejauh 6 batu dari Klang 
 ke   Kuala  Klang.
 


 
Salam sejahtera Nak tanya ada tak gambar atau laluan keretapi dri stesen klang ke bukit kuda sebab saya cari tak ada dalam google saya harap Admin boleh kongsi atau pun email dekat saya.
ReplyDelete