Galeri ini wujud hasil dari buah fikiran Yang di-Pertuan Agong XI, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Lokasi
asal ialah di Jalan Kota Raja, Syahbandaraya (Kampung Jawa) di
Klang. Bertempat di dalam kawasan istana, Galeri Diraja dahulunya
dikenali sebagai Muzium Kenangan. Sebahagian besar dari pameran
Galeri Diraja berkisar mengenai riwayat hidup Sultan Salahuddin Abdul
Aziz yang telah memerintah Selangor selama lebih 39 tahun sebagai
Sultan Selangor ke-8 dan hampir 3 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong
ke-11.
Ia
siap dibina pada tahun 1988 dan dibiayai sepenuhnya oleh baginda.
Pada tahun 1996, kerja-kerja pengubahsuaian dimulakan agar premis ini
dapat dibuka kepada rakyat jelata.
Pada
tahun 1998, baginda telah berkenan menukar nama Muzium Kenangan
kepada Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz mengambil sempena nama
kelahiran baginda. Dengan sokongan kerajaan negeri, Galeri Diraja siap
diubahsuai dan dibuka kepada umum pada tahun 2000. Setahun kemudian
baginda telah kembali ke rahmatullah dan Galeri Diraja telah
ditutup buat sementara.
Setelah
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menaiki tahta pada tahun 2001,
baginda telah menitahkan agar inisiatif almarhum ayahanda baginda
diteruskan. Baginda telah menitahkan agar Bangunan Sultan Suleiman,
bangunan yang dibina pada tahun 1909, dijadikan lokasi Galeri Diraja
yang baru.
Pada
awal tahun 2005, dengan kerjasama dari Jabatan Kerja Raya Negeri
dan pihak perunding, kerja-kerja konservasi dimulakan. 17 bulan
kemudian, semua kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian selesai
dilaksanakan ke atas bangunan seluas 17,000 kaki persegi ini termasuk
pembinaan bangunan pentadbiran dan stor baru.
Pada
tanggal 17 Oktober 2007, Sultan Sharafuddin merasmikan Galeri
Diraja dan dibuka kepada umum pada 1 November tahun yang sama.
No comments:
Post a Comment